Wednesday, December 27, 2006

Tiada Ucapan Tahun Baru Buat Anda

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

TAHUN 2006 akan berlalu. Tahun baru 2007 akan tiba. Seperti kebiasaan, banyaklah orang akan mengucapkan selamat tahun baru dan mendoakan kebahagiaan.

Tidak kurang pula yang akan membuat ikrar, janji, azam, iltizam resolusi dan banyak lagi melalui pelbagai saluran termasuk akhbar, radio dan televisyen.

Seperti saya tidak menggunakan blog ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal yang baru berlalu dan Selamat Aidil Adha yang akan tiba atau Selamat Aidil Fitri, Selamat Deepavali dan Selamat Tahun Baru Cina sebelumnya maka saya tidak akan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2007 kepada saudara dan saudari.

Bukan saya tidak ingat atau tidak menghormati saudara dan saudari. Atau tidak mahu saudara dan saudara selamat dan bahagia pada tahun baru yang akan menjelang.

Saya mahu saudara dan saudari serta seluruh penghuni bumi Malaysia yang dicintai ini selamat dan bahagia apatah lagi dalam suasana watan kita yang semakin tidak berarah tujuan ini.

Ketika pelabur, pemodal dan peniaga meninggalkan pantai tanah pusaka dengan modal berbilion ringgit untuk melabur serta bermastautin di China, India, Vietnam dan Afrika.

Ketika penarafan bumi ibunda di dalam pelbagai bidang semakin merosot.

Ketika ancaman inflasi semakin ketara dan pemerintah yang dipilih dengan majoriti besar oleh rakyat mengizinkan kenaikan antara 20 hingga 60 peratus tol lebuh raya “kerana tidak ada jalan lain untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dan mengurangkan defisit perbelanjaan.”

Ketika suasana semakin kacau dan nyawa kita semakin tidak selamat kerana jenayah sensasi dan tidak sensasi semakin menjadi-jadi; apabila yang dituduh melakukannya dan yang menjadi mangsanya adalah pembesar negara.

Dalam masa seminggu rumah dua menteri dimasuki pencuri; sebuah di Putrajaya, pusat pentadbiran negara yang diuar-uarkan ultra moden dan selamat, dan sebuah lagi di Sarawak.

Jadi bukan sahaja kita rakyat jelata yang tidak ada pengawal peribadi dan tiada liputan keselamatan – security cover -- yang memerlukan ucapan selamat dan doa agar terlepas daripada kecelakaan, malah pembesar-pembesar negara pun begitu juga.

Di akhir-akhir ini, bukan sahaja pembesar-pembesar negara yang ada pengawal peribadi yang menjadi mangsa jenayah malah mereka pula dikaitkan dengan jenayah yang dahsyat yang membabitkan pengawal peribadi.

Ketika bencana alam yang lain semakin teruk dan semakin kerap melanda; kini giliran Negeri Johor yang baru sahaja dijanjikan projek pembangunan raksasa SJER menderita banjir besar.

Dan ketika para pembesar negara semakin galak beristirahat di luar negara, melayari lautan samudera dan pulang seketika untuk menjenguk rakyat yang dilanda bencana.

Justeru itu, kita tidak syak lagi memerlukan ucapan selamat dan doa yang panjang.

Tetapi saya tidak akan menawarkannya kepada sesiapa pun, termasuk diri saya, melalui blog ini kerana ucapan Selamat Tahun Baru seperti banyak ucapan-ucapan lain sudah menjadi klise.

(Daripada bahasa Perancis cliche -- disebut ke-li-sey – yang bermaksud ungkapan atau frasa yang cantik dan sedap didengar tetapi menjadi kosong dan hambar apabila diulangi tanpa sebarang tindakan.)

Kosong dan hambar seperti ikrar janji seorang perokok untuk berhenti merokok atau seorang pembesar pilihan rakyat untuk kerap turun ke padang tetapi hilang sehingga pilihan raya sekali lagi menjelang.

Jadi, mohon maaf tiada ucapan Selamat Tahun Baru buat saudara dan saudari para pelawat dan pembahas yang saya hormati.

Sebaliknya lebih bermanfaat kalau kita gunakan ruang dan kesempatan ini untuk memikirkan bagaimana kita boleh mengatasi masalah dan kemelut yang semakin rumit yang akan mendatangi kita pada tahun 2007.

Monday, December 18, 2006

Penjualan PPB: Antara Yang Tersurat dan Tersirat

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]

SEBUAH syarikat yang berpangkalan di Singapura bernama Wilmar International Limited (WIL) pada 14 Disember telah membuat tawaran umum sukarela (voluntary general offer) untuk membeli kesemua saham syarikat Malaysia, PPB Oil Palms Berhad (PPB).

Urus niaga yang bernilai kira-kira RM15.5 bilion itu, jika diterima oleh pemegang saham minoriti dan diluluskan oleh pihak berkuasa industri sekuriti Malaysia, akan menyebabkan penyenaraian PPB di Bursa Malaysia dibatalkan dan kawalan serta pemastautinnya berpindah dari Malaysia ke Singapura.

PPB adalah antara pelaburan utama jutawan warganegara Malaysia Robert Kuok Hock Nien manakala yang menerajui WIL adalah Kuok Khoon Hong yang berupa anak saudara “Raja Gula” itu.

PPB adalah antara syarikat perladangan terbesar di negara kita. Ia memiliki kira-kira 72,500 hektar ladang kelapa sawit di Sarawak dan Sabah. Tetapi ia mempunyai ladang yang lebih luas di Indonesia kira-kira 290,000 hektar.

Khoon Hong memberi alasan bahawa urus niaga itu bertujuan menggabungkan kegiatan perladangan yang membabitkan Keluarga Kuok di Malaysia dan Indonesia bagi menjadikannya antara pemeroses dan pemasar minyak kelapa sawit terbesar di dunia.

Tetapi yang lebih kritikal ialah kesan urus niaga ini kepada Malaysia. Jika cadangan ini diluluskan oleh pemegang saham PPB dan diizinkan oleh pihak-pihak yang mengawas industri sekuriti Malaysia maka hilanglah kawalan negara ini ke atas syarikat itu.

Walaupun aset fizikalnya seperti ladang dan kilang terletak di Malaysia tetapi pemilikan (ownership), pemastautin (domicile) dan pengawalan (control) akan berpindah ke Singapura.

Dalam erti kata yang lain, jika WIL menilai PPB pada kadar RM15.5 bilion maka kawalan ke aras aset dan potensi perniagaan bernilai RM15.5 bilion akan berpindah dari negara ini ke Singapura.

Apa pun alasan yang diberikan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam urus niaga ini, hakikat yang harus diberi keutamaan ialah sebab sebenar Roberk Kuok memindahkan kawalan PPB dari Malaysia ke Singapura.

Seperti umum sudah maklum, Robert Kuok adalah orang terkaya di Malaysia dan salah seorang yang terkaya di Asia. Majalah perdagangan Malaysian Business menilai kekayaan Robert Kuok sebanyak RM21.33 bilion tahun ini.

Tindakan Robert Kuok ini menimbulkan pelbagai pertanyaan dan persoalan. Antaranya ialah, apakah pelabur Malaysia seperti beliau telah atau mula hilang keyakinan terhadap negara ini?

Atau apakah mereka mendapati atau berandaian bahawa membawa label “usahawan Malaysia” tidak lagi menguntungkan?

Bagi pengusaha Cina Malaysia seperti Robert Kuok dan Tan Sri Lim Goh Tong yang baru sahaja mendapat lesen kasino di Singapura, Malaysia adalah bumi bertuah dan batu loncatan.

Bermula dengan perniagaan di Malaysia yang banyak dibantu oleh Kerajaan mereka menjadi kaya raya dan dihormati di seluruh dunia. Dengan imej Malaysia yang tinggi itulah Robert Kuok “pulang” ke Tanah Besar China pada tahun 1970an dan menjadikan Hong Kong pangkalan operasi globalnya.

Robert Kuoh melandaskan perniagaannya yang sangat berjaya itu di atas monopoli gula yang diberikan oleh Kerajaan sejak sebelum merdeka dan masih terterusan sehingga hari ini. Beliau dianggarkan mengawal lebih 80 peratus daripada perniagaan gula negara.

Lim pula mencipta nama dan mengaut keuntungan bertimbun apabila diberikan francais judi pada tahun 1960an dan kawasan rimba yang luas di puncak gunung di negeri Pahang untuk membina kasino dan kompleks riadah.

Manakala semakin banyak peniaga dan syarikat Malaysia berkembang ke luar negara untuk memanfaatkan globalisasi serta imej negara yang sangat positif, namun pada kebelakangan ini lebih banyak meninggalkan negara kerana kekurangan peluang perniagaan.

Kebimbangannya ialah dengan Malaysia kehilangan daya saing dalam banyak bidang perniagaan, semakin ramai peniaga seperti Robert Kuok akan memindahkan aset dan kawalan korporat mereka ka negara-negara yang lebih kompetitif.

Soalnya, apakah bagi peniaga besar seperti Robert Kuok, Lim Goh Tong dan Ananda Krishnan (tauke Maxis dan Astro) jenama Malaysia tidak lagi sehebat Singapura, China, England, Hong Kong dan India?

Apakah mereka semakin hilang keyakinan kepada negara mereka sendiri dan berselindung di sebalik globalisasi untuk membawa keluar modal dari negara ini?

Friday, December 15, 2006

Different Pictures of the Same Story

A Kadir Jasin

[Anonymous comments will not be entertained. Please use real name or a suitable pseudonym for easy identification. For this particular posting, debaters are reminded to be mindful of contempt of court.]

TWO pictures published by The Star newspaper today (Dec. 15) are graphic. On its front page is the picture of Abdul Razak Abdullah Baginda who was being lovingly led by the hands by his wife and daughter.

On its page three is the picture of two policemen with their faces covered and hands cuffed and chained being escorted by a uniformed policeman.

They are two very different pictures of the same story. The caption of the page one picture reads: “Family support: Political analyst Abdul Razak Baginda, who has been charged with abetment in the murder of the Mongolian beauty Altantuya Shaariibuu whose body was blown to pieces with explosives, arriving at the Shah Alam High Court yesterday with his wife Mazlinda Makhzan and daughter Roweena. Razak had his RM1 million bail extended, but cash had to be deposited with the court.”



The caption of the second reads: “To Court: The two policemen charged with the murder of Altantuya shielding their faces at the Shah Alam High Court yesterday.”



The story is about the three men facing charges in the Shah Alam High Court in connection with the gruesome murder of the 28-year old Mongolian woman.

This is also the story of three people being charged under the provisions of the Penal Code, which, under the normal circumstances, do not allow for bail.

But as The Star pictures amply suggest, the three men, while sharing the same grim legal circumstances, are not sharing the same social circumstances.

The men in handcuffs and chains are two low-level members of the 90,000-strong police force. They are being held in jail when the court rejected their applications for bails. In any case, RM1 million is beyond the ability of any policeman to come up with.

The man who was being led so lovingly by the hands by his wife and daughter and with no policeman in sight is an adviser to the Deputy Prime Minister of the country. His application for bail was allowed on grounds of poor health.

He was released on a bail of RM1 million, which the court yesterday ordered him to deposit. The Kuala Lumpur High Court in allowing bail last month did not asked the sum to be deposited.

If the two contrasting pictures tell a thousand words, what happened in court was even more mind-boggling and was amply captured in one of The Star’s headlines on the case – “One muddle over lawyers cleared up but another arises.”

One key development was the withdrawal of the well-known criminal lawyer, Datuk Muhammad Shafee Abdullah and M. Puravalen as Razak’s counsels from defending Abdul Razak. They were replaced by Wong Kian Kheong and Low Thian Eng.

Also, lawyer Shaun Tan Kee Shaan, who had appeared for Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar on Nov 15, discharged himself yesterday.

Lawyers Zulkifli Noordin and Juanita Johari had turned up to appear for Azilah while Kamarul Hisham Kamaruddin and Ahmad Zaidi Zainal, joined by Hasnal Rezua Merican appeared for Kpl Sirul Azhar.

The tussle for representation will certainly raise eyebrows among legal and political observers as this case has all the making of a high-profiled murder trial with elements of politics and diplomacy in play.

The Star, on Dec. 14 interestingly published a report headlined: “Independent Trial Called” in its Parliament page although the news did not originate from the Malaysian Parliament.

Instead it was about Mongolian parliamentarians calling for the trial of the three persons to be conducted “free of political influence.”

It quoted Yadmaa Ariunbold, the Mongolian Foreign Ministry consular deputy director, as telling reporters: “They (the Mongolian parliamentarians) are asking for an independent trial, free from political influence and a thorough police investigation into the case.”

In today’s report, The Star quoted Yadmaa as saying that the Mongolian Government had sent letters to the Malaysian Parliament and Prime Minister asking them to ensure that the trial would not be clouded by political influence.

Has the Mongolian Government the reasons to believe that the trial will be clouded by political influence or is it merely making a normal diplomatic request?

With all the three accused being G-men and were closely identified with one of the highest offices in the country, it pays for the Mongolians to use whatever resources they have to ensure that justice is not only done but is seen to be done.

The very contrasting pictures published by The Star today could be among the subtle pointers that reminded the Mongolians that they must not let their guard down.

The victim’s father, Dr Shaariibuu had clearly understood the rule of the game when he appointed Malaysia’s best-known criminal lawyer Mr Karpal Singh to hold a watching brief for his family.

We Malaysians must uphold the same principle if we believe in the rule of law and in the much-touted independence of the judiciary. The reputation of our country is at stake.

Friday, December 08, 2006


Implikasi Penggabungan NST-Utusan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

DALAM dunia korporat tidak apa yang mustahil atau luar biasa, khasnya mengenai kegiatan penggabungan dan pengambilan alih (merger and acquisition -- M&A).

Segala bentuk urus niaga adalah “halal” asalkan ada pihak yang membuat keuntungan atau percaya bahawa keuntungan boleh dibuat. Sama ada keuntungan benar-benar dibuat atau tidak, itu perkara yang berasingan.

Malah M&A yang sebenar tidak pun perlu berlaku sebelum seseorang atau sesuatu pihak boleh membuat keuntungan. Ambil ura-ura penggabungan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dengan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai contoh.

Sebelum ura-ura penggabungan, saham NSTP diniagakan di Bursa Malaysia sekitar RM2 seunit. Malah ia pernah jatuh di bawah paras itu. Manakala saham Utusan pula berlegar di sekitar RM1. Sebaik sahaja berita penggabungan itu bersebar, harga saham NSTP naik hampir RM3 dan Utusan hampir RM2.

Sesiapa sahaja yang membeli saham dua syarikat akhbar itu sebelum ura-ura penggabungan dan menjualkan sekarang akan membuat keuntungan yang lumayan sama ada penggabungan berlaku atau tidak.

Bertitik tolak daripada hakikat itu, urusan pengambilan alih dan penggabungan yang membabitkan NSTP dan Utusan Melayu masih berkemungkinan berlaku walaupun buat waktu ini terpaksa ditangguhkan kerana bantahan oleh majoriti ahli Majlis Tertinggi Umno.

Umno adalah pemegang saham utama dan terbesar Utusan Melayu dan ahli MT dikatakan bimbang penggabungan itu akan menjejaskan kepentingan Umno dan kedudukan Utusan Malaysia sebagai akhbar berbahasa Melayu utama di negara ini.

Dari sudut politik, pendirian MT itu bercanggah dengan pandangan Presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang menyokong cadangan itu.

Menurut sebuah laporan Bernama, kebimbangan mengenai identiti dan kebebasan jabatan pengarang Utusan Melayu mungkin dapat diatasi di bawah struktur baru yang sedang diusahakan.

Di bawah struktur terbaru itu, pengarah eksekutif Utusan Melayu, Nasir Ali, mungkin dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan bagi entiti baru yang akan mengambil alih NSTP dan Utusan Melayu.

Memetik sumber-sumber yang arif mengenai urusan penggabungan dan pengambilan alih korporat, Bernama berkata di bawah rangka kerja itu, sebuah syarikat baru (newco) akan mengambil operasi NSTP dan Utusan Melayu. Pemegang saham Utusan Melayu (iaitu Umno) akan menjadi pemegang saham utama dalam syarikat baru itu.

Di bawah rangka kerja asal (yang ditolak oleh MT), Media Prima Bhd iaitu syarikat induk NSTP akan menjadi syarikat induk kepada entiti yang digabungkan itu. Media Prima adalah juga pemilik TV3, NTV7, Channel 8 dan Channel 9.

Jika struktur baru ini diterima oleh pemenang saham syarikat-syarikat yang terbabit dan diluluskan oleh badan-badan kawalan seperti Suruhanjaya Sekuriti, Utusan Melayu akan melakukan pengambilan alih songsang (reversed takeover) terhadap NSTP yang lebih besar daripadanya.

Apa pun bentuk atau struktur M&A yang akhirnya dilaksanakan, faktor, ciri dan pertimbangan berikut pasti telah dan sedang difikirkan oleh pihak-pihak yang terbabit, khasnya pemegang saham dan pengurusan syarikat-syarikat yang terbabit:-

1. Siapakah akhirnya menjadi pemegang saham utama (controlling shareholder) syarikat baru ini?

Buat masa ini, pemegang saham utama Utusan Melayu adalah Umno. Umno dan pihak-pihak yang bersekutu dengannya dianggarkan memegang kira-kira 50 peratus saham Utusan Melayu Berhad.

NSTP pula dikuasai oleh Media Prima Berhad yang pemilik mutakhirnya adalah Realmild Sendirian Berhad. Umno tidak diketahui mempunyai pegangan saham di dalam Realmild.

Sejak diasaskan pada awal tahun 1990-an sebagai jentera (vehicle) pembelian oleh pengurusan (management buy-out -- MBO) yang membabitkan empat eksekutif kanan NSTP, Realmild “dikaitkan” dengan Presiden Umno.

[Pengambilan alih itu membabitkan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), NSTP dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Pasukan MBO itu mula mengundurkan diri pada akhir tahun 1998 dan kesemua mereka telah keluar dari Realmild menjelang tahun 2000.]

2. Manakala penggabungan itu mungkin tidak akan menjejaskan struktur dan “kebebasan” jabatan pengarang NSTP dan Utusan Melayu Berhad, namun persepsi pembaca dan pengiklan mungkin berubah.

Mereka mungkin menolak atau menyusun semula keutamaan mereka apabila menimbangkan perbelanjaan mereka di dua kumpulan akhbar ini.

Kita telah melihat bagaimana pembaca Cina memprotes dengan “menolak” akhbar Nanyang Siang Pau apabila pemilikannya diambil alih oleh MCA melalui syarikat pelaburannya Huaren Holdings Sdn Berhad pada tahun 2001.

Mengakui bahawa pemilikannya membebankan Nanyang dan menyebabkan perpecahan di dalam parti, MCA baru-baru ini mengambil keputusan menjual saham Nanyang Press Holdings Berhad yang dimilikinya kepada syarikat milik pengusaha balak Sarawak Tan Sri Tiong Hiew King.

Masyarakat Cina yang dulunya memprotes pengambilan alih Nanyang Press oleh MCA dengan menolak akhbar Nanyang kini memprotes pembelian oleh oleh Tiong kerana dia sudah pun mengawal akhbar terbesar di negara ini iaitu Sin Chew Daily.

Orang Cina khuatir pemusatan pemilikan akhbar berbahasa Cina di dalam tangan seorang individu akan memberi kesan negatif kepada masa depan media massa berbahasa Cina, khasnya keupayaan memperjuangkan kepentingan kaum Cina di Malaysia.

Masyarakat Cina Malaysia sentiasa menganggap kepelbagaian suara sebagai cara terbaik mempertahankan kepentingan mereka. Serentak itu, akhbar-akhbar Cina adalah yang paling “bebas” dan sensasi di negara ini.

[Huaren juga adalah pemegang saham terbesar Star Publications Berhad, penerbit akhbar berbahasa Inggeris terbesar The Star manakala Nanyang Press turut menerbitkan akhbar China Press.]

3. Bagi pelabur, sesuatu penggabungan tidak dianggap menarik jika tidak menjanjikan penyusunan semula dan rasionalisasi perniagaan yang membabitkan produk, guna tenaga dan yang penting sekali penjimatan kos. Bagi pelabur yang mutakhir adalah keuntungan bukan kebajikan.

Seperti kita maklum NSTP dan Utusan Melayu menerbitkan akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang hampir-hampir serupa dan bersaing antara satu sama lain.

Utusan Melayu menerbitkan Utusan Malaysia yang bersaing terus dengan Berita Harian terbitan NSTP. NSTP menerbitkan akhbar tabloid berbahasa Melayu Harian Metro dan Utusan Melayu melancarkan tabloid Kosmo untuk melawannya.

Jadi apakah bentuk penyusunan semula korporat dan rasionalisasi perniagaan yang boleh dilakukan oleh Nasir Ali dan pasukannya tanpa menjelaskan kedudukan akhbar-akhbar ini dan kakitangan mereka yang melebihi 3,000 orang?

4. Tidak kurang pentingnya ialah “timing” penggabungan ini. Apakah ini masa yang unggul untuk melakukannya?

Industri penerbitan kini mengalami tekanan kepada kedua-dua sumber utama pendapatannya iaitu iklan dan penjualan akhbar dan majalah. Walaupun perangkaan kasar menunjukkan perbelanjaan iklan (adex) terus meningkat, tetapi hasil sebenar (yield) adalah rendah kerana penerbit memberikan diskaun yang tinggi kepada pengiklan.

Mungkin inilah aspek perniagaan yang hendak dirasionalisasikan oleh pihak-pihak yang mencadangkan penggabungan ini. Mereka mahu memberhentikan persaingan yang merugikan.

Tetapi yang lebih mencabar dan sukar diatasi adalah penjualan dan pembacaan akhbar yang semakin menurun, khasnya akhbar-akhbar Melayu, akibat persaingan daripada televisyen dan radio dan keadaan ekonomi pengguna yang tidak merangsangkan.

Sumber:The Star, 7 Disember 2006

Perangkaan terbaru pembaca (Oktober 2005-September 2006) yang dikeluarkan oleh firma pemantauan media massa Nielsen Media Research, menunjukkan jumlah pembaca Utusan Malaysia merosot 13 peratus kepada 1.2 juta dan Berita Harian 21 peratus kepada 1.15 juta. Tabloid sensasi Harian Metro meningkat 24 peratus kepada 1.8 juta.

Bagi akhbar-akhbar berbahasa Inggeris pula, pembaca The Star bertambah sembilan peratus kepada 1.14 juta dan New Straits Times 0.3 peratus kepada 319,000 manakala The Sun jatuh 12 peratus kepada 171,000 dan The Malay Mail yang dilancarkan semula merosot 36 peratus kepada 78,000.

Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulation) dijangka mengumumkan perangkaan terbaru penjualan akhbar dan majalah yang mempamerkan trend yang serupa.

Dari sudut kepenggunaan, akhbar dan majalah tidak disenaraikan sebagai barangan perlu. Antara sekotak rokok dengan senaskhah akhbar, pengguna memilih rokok daripada akhbar.

Setiap kali harga rokok naik kerana kenaikan cukai, penjualan akhbar, khasnya akhbar Melayu, jatuh kerana pengguna mengutamakan menghisap rokok daripada membaca akhbar. Lagipun orang jarang berkongsi rokok tetapi mereka berkongsi akhbar.

Kebimbangannya ialah pembeli dan pembaca yang kini membeli dan membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian mungkin menggugurkan salah satu daripada akhbar itu kerana kedua-duanya diterbitkan oleh pemilik yang sama. Begitu juga dengan yang kini membeli Harian Metro dan Kosmo.

Walaupun pembelian dan pembacaan bertindih ini tidak besar, namun dalam suasana sekarang kedua-dua buah syarikat itu memerlukan setiap sen pendapatan yang boleh mereka peroleh.

Yang lebih mengancam ialah pembaca mungkin menolak akhbar-akhbar terbitan syarikat yang digabungkan itu dan berpindah kepada akhbar-akhbar bebas atau kepada laman berita Internet dan blog.

Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan kerana yang akan membuat penilaian kritikal ke atas implikasi penggabungan ini adalah mereka yang membaca lebih daripada sebuah akhbar dan mempunyai akses kepada media baru seperti laman berita Internet dan blog.

Kesimpulannya, penggabungan mega ini mungkin berlaku dalam masa terdekat, Majlis Tertinggi Umno boleh “dipujuk” untuk mengubah fikiran atau bantahannya dipatahkan dengan mengemukakan cadangan baru, ada pihak akan membuat keuntungan modal yang lumayan, penyusunan semula struktur korporat dan rasionalisasi operasi mungkin menjelaskan produk dan guna tenaga, persaingan yang merugikan mungkin boleh dihadkan dan sentimen pengguna akan menentukan untung rugi penggabungan ini.

Akhir sekali (dan mungkin yang terpenting) ialah hakikat bahawa sesiapa juga yang muncul sebagai “pemilik mutakhir” (ultimate owner) syarikat baru ini akan menjadi maharaja (emperor) dunia media massa Malaysia. Kuasa politik dan korporatnya “menakutkan”.

Sunday, December 03, 2006

Ke Mana Mukhriz Selepas Ini?

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

MAAFKAN kami
Maafkan kami
Maafkan kami

Wahai cik adik jangan merajuk
Maafkan kami si Bujang Lapuk
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Kamilah rela hai kena ketuk
Nandung-nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami
.

Maka apakah mohon maaf Ahli Majlis Kerja (Exco) Pemuda Umno Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir, baru-baru ini kerana didakwa “memperlekehkan” ucapan presiden parti bulan lalu sesuatu yang pokok atau sekadar “mohon maaf Bujang Lapuk” seperti dalam lirik lagu seniman agung Allahyarham P Ramlee itu?

[Saya sengaja melabelkan P Ramlee seniman agung dan bukan bekas seniman agung kerana walaupun dia sudah lama meninggal dunia, namun seni dan karyanya tetap subur dan agung. Tiada pengganti kepadanya. Legasinya segar dan tidak tercabar.]

Mengikut istilah yang digunakan oleh media massa arus perdana berbahasa Melayu, Mukhriz telah “memperlekehkan” ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada persidangan tahunan parti di Kuala Lumpur bulan lalu.

Secara ringkas, apa yang nampaknya dimaksudkan oleh Mukhriz dalam kenyataan yang dilaporkan (hanya) oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star ialah tiada apa-apa yang baru balan ucapan pembesar nombor satu Umno itu.

Saya tiada berhak bertanya soalan di atas kerana saya tiada berkemampuan menilai sama ada Mukhriz ikhlas atau tidak dengan mohon maafnya itu.

Yang pasti adalah Mukhriz telah dibelasah secukupnya oleh para penyokong Perdana Menteri dan berita itu telah pun menguar-uarkannya ke seluruh pelosok negara oleh media massa arus perdana.

Exco Pergerakan Pemuda dalam mesyuaratnya pada 30 November telah menerima permohonan maaf dan penjelasan Mukhriz Mahathir.

Menurut laporan Utusan Malaysia, mesyuarat itu juga dimaklumkan bahawa Mukhriz akan bertemu Perdana Menteri bagi memberikan penjelasan berhubung kenyataannya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, berkata tiada tindakan dikenakan ke atas Mukhriz selain memberi amaran keras kepadanya supaya tidak membelakangkan prinsip pergerakan itu ketika membuat sebarang kenyataan.

Saya juga tidak akan mencari jawapan kepada soalan apakah Mukhriz tidak dikenakan sebarang tindakan selain diberikan amaran keras kerana dia aak Tun Dr Mahathir Mohamad atau kerana hujahnya mengenai ucapan Abdullah masuk akal atau kerana bimbang tindak balas sekiranya dia dikenakan tindakan.

Sengaja disebutkan bahawa tidak seperti Hishammuddin dan timbalannya Khairy Jamaluddin (yang menang tanpa bertanding), Mukhriz mendapat sokongan besar dalam pemilihan pucuk pimpinan pergerakan itu dua tahun lalu.

Yang saya rasa banyak orang ingin tahu adalah apa akan terjadi kepada masa depan politik Mukhriz akibat daripada peristiwa ini?

Apakah ia akan menjadi ciri baru kepada persaingan antara tiga pembesar muda Umno ini? Atau ia menandakan permulaan kepada akhiran politik Mukhriz?

Apa pun kesudahannya, faktor keluarga dan pertalian memainkan peranan di dalam kehidupan politik tiga watak Pemuda Umno ini. Hishammuddin adalah anak Allahyarham Tun Hussein Onn. Khairy Jamaluddin adalah menantu Abdullah Badawi. Mukhriz adalah anak Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir ada dua orang anak yang cergas di arena politik -- Mukhriz dan abangnya Mokhzani. Tetapi jelas dalam pergolakan sekarang Mukhriz adalah anak Dr Mahathir yang sanggup mempertaruhkan masa depannya untuk mempertahankan bapanya secara terbuka.

Ini bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan kerana tentu banyak pihak menuduhnya memihak kepada bapanya kerana pertalian darah dan bukan kerana perjuangan.

Tetapi inilah risiko yang perlu dipikulnya dan yang sekali gus menjadi beban dan penawar kepada perjuangan politiknya. Kalau dia selamat, dia akan menjadi pemimpin yang berprinsip dan teruji.

Buat seketika saya berasa bahawa tindak-tanduk Mukhriz di akhir-akhir ini, khasnya mohon maaf beliau, adalah mirip pembesar-pembesar Umno dewasa ini yang hanya tahu mencari jalan selamat.

Tetapi apabila saya menerima SMS daripada seorang bekas wartawan politik, saya berasa mungkin ada baiknya Mukhriz mengambil tindakan berkenaan iaitu meminta maaf walaupun apa yang dihujahkannya itu tidak semestinya silap.

Rakan wartawan itu menulis: “Elok juga macam itu (memohon maaf). Kalau tidak nyawa singkat. Cara (untuk) membuktikan pembesar-pembesar dan konco-konco mereka tidak hadhari.”

Namun, laluan di hadapan tidak mudah bagi Mukhriz. Hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri adalah kritikal. Jika dia dilihat sebagai telah menyerah kepada tekanan dan mengabaikan perjuangan, dia akan hilang sokongan di kalangan penyokongnya.

Jika dia dilihat sebagai penentang, dia akan diserang habis-habisan oleh jentera parti dan media massa arus perdana.

Dia boleh memilih menjadi seperti pembesar-pembesar politik arus perdana yang lain dengan mengamalkan prinsip “if you can’t beat them join them” -- masuk kandang kambing membebek, masuk kandang kerbau menguak.

Atau dia boleh terjun ke kandar harimau dan mencuba menjiwai pepatah Melayu “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.”

Tuesday, November 28, 2006

Penggabungan Mega Perlu Diawasi

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

SELEPAS lebih daripada suku dekad menjana pelaburan Bumiputera dan mengendalikan skim saham amanah terbesar di negara ini, masanya sudah tiba bagi Permodalan Nasional Berhad (PNB) memikirkan masa depannya dan masa depan pemilikan Bumiputera di dalam sektor korporat.

Apabila PNB melancarkan skim saham amanahnya yang pertama dengan nama Amanah Saham Nasional pada tahun 1981, ia berupa kemuncak kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru di dalam sektor swasta.

Skim saham amanah atau unit trust itu bersandarkan saham-saham milik kerajaan dalam syarikat milik negara dan syarikat swasta yang dipindahkan kepada PNB pada harga asas (par value).

Ini dengan serta merta memberikan PNB keuntungan modal (capital gain) yang besar kepada PNB. Misalnya, saham yang dipindahkan kepada PNB dengan nilai asas RM1 mungkin sudah berharga RM2 di Bursa Saham.

Keuntungan modal ini apabila dicampurkan dengan dividen tahunan telah memungkinkan PNB membayar dividen dan memberi bonus yang lumayan kepada pemegang-pemegang saham unitnya.

Pelancaran ASN juga berupa garis peralihan antara Pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn dengan Pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak lama selepas pelancaran skim itu Hussein menyerahkan kuasa kepada Dr Mahathir.

Pada mulanya ASN dikhaskan kepada Bumiputera sahaja. Tetapi apabila Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih besar mengambil alih skim ASN, ASN dibuka kepada semua kaum sebagai saham unit PNB yang pertama dijual kepada rakyat Malaysia semua bangsa.

Justeru itu, penggabungan raksasa yang membabitkan tiga unit operasi utama PNB iaitu Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad dan anak-anak syarikat mereka adalah langkah penting yang semestinya menarik minat umum.

Dengan perubahan masa dan persekitaran ekonomi yang lebih mencabar, PNB terpaksa memikirkan semula modus operandinya. Ia memerlukan satu struktur yang akan membolehkannya terus berkembang, berdaya saing dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

Lebih daripada itu ia memerlukan struktur yang mampu menjana keuntungan modal yang tinggi dan memperoleh dividen yang mencukupi untuk membayar dividen dan bonus yang berpatutan kepada pelabur-pelabur saham unitnya.

Bagi PNB, penyusunan semula yang diamanahkan kepada kumpulan perbankan CIMB dengan menggunakan sebuah syarikat yang diwujudkan khas bernama Synergy Drive Sdn Bhd adalah permulaan kepada suatu usaha raksasa yang wajib berjaya. Tiada ruang untuk gagal di sini.

Penyusunan semula yang bernilai kira-kira RM31 bilion itu akan menggabungkan tiga syarikat yang disebutkan bersama enam anak-anak syarikat mereka. Sebagai ganjaran awal dan pemanis kepada pelabur, khasnya pelabur minoriti, Synergy Drive menawarkan harga lima peratus lebih tinggi daripada harga pasaran untuk ke sembilan-sembilan syarikat itu.

Menurut CIMB, apabila selesai dilaksanakan pada suku keempat tahun hadapan (2007), penggabungan itu akan mewujudkan sebuah syarikat raksasa yang kelima terbesar di Bursa Malaysia dengan modal pasaran dianggarkan sebanyak RM31.4 bilion, pekerja seramai 107,000 pekerja ladang seluas 600,000 hektar.

Ini akan menjadi syarikat raksasa itu pemilik ladang terbesar di dunia yang diniagakan di pasaran saham. Cabaran terbesar ialah mempertingkatkan produktiviti ladang kelapa sawitnya yang kini masih terkebelakang berbanding dengan beberapa buh syarikat perladangan lain di negara ini.

Sektor perladangannya dijangka berkeupayaan menjana dagangan tahunan (annual turnover) sebanyak RM26 bilion. Ia juga akan mempunyai kegiatan-kegiatan lain seperti hartanah, kejuruteraan, automotif, penjanaan tenaga, perdagangan, kimia, ubat-ubatan dan hospital.

Cabaran jangka panjang terbesar ialah menjamin agar syarikat gergasi ini tidak rebah kerana berat bandannya sendiri. Kebimbangan ini tidak boleh ditolak bulat-bulat kerana tidak semua penggabungan mega di dunia berjaya menghasilkan syarikat yang berdaya maju.

Dalam masa terdekat sebarang tindakan yang membawa kepada pembuangan pekerja, penjualan atau penswastaan aset dan pelantikan ahli lembaga atau pengurusan kanan dari kalangan “orang yang disyaki” akan menyebabkan motif kerajaan dan PNB dicurigai.

Perkara-perkara ini wajib dipastikan tidak terjadi kerana di akhir-akhir berlaku urus niaga yang menimbulkan syak wasangka dan kontroversial yang membabitkan watak-watak yang dikaitkan dengan kerajaan, khasnya dengan Perdana Menteri.

Kesimpulannya kerajaan dan PNB menanggung risiko politik dan ekonomi yang tinggi melaksanakan penggabungan raksasa ini. Tetapi ia berupa risiko yang boleh dan perlu dihadapi demi menjamin kesinambungan sebuah gagasan besar yang bermula dengan pelancaran DEB pada tahun 1970.

Justeru itu, sambil kita memberi keyakinan kepada kerajaan dan PNB untuk melaksanakan penstrukturan korporat yang penting ini, kita perlu menjadi mata dan telinga agar projek raksasa ini “tidak dilarikan” (hijacked) oleh pihak-pihak yang berkepentingan peribadi.

Thursday, November 23, 2006

Merger Must Benefit Shareholders

A Kadir Jasin

[Revised and Updated, Nov. 24]

I think Synergy Drive Sdn Bhd is a special purpose vehicle to be use to implement the merger. For the time being it's "owned" by CIMB or people linked to it.

Later, I think, say in a couple of months, it will “collapse” into one of the three companies -- Sime Darby, Golden Hope and Guthrie – to become the new mega listed entity.

That new entity, with some 600,000 hectares of land will possibly be one of the largest plantation companies in the world with operations in several countries.

Assets of these three companies can be repackaged to form a highly diversified mega conglomerate with activities in plantation, property, wholesale marketing and retailing, automotive, power generation, healthcare and pharmaceuticals.

Other PNB companies may also be involved in the merger as PNB had requested for trading of nine of them on Bursa Malaysia to be suspended.

I am confident that it is not likely for any individual or group to be able to “hijack” a corporate restructuring of this magnitude.

Still, it is good if all of us can keep an eye on it.

[Original Posting]

THIS is my preliminary thoughts on the talks that Sime Darby, Golden Hope and Kumpulan Guthrie will be merged into a giant plantation-based conglomerate.

Whatever the Prime Minister cum Minister of Finance does with Sime Darby, Guthrie and Golden Hope, he must protect and guarantee the interest of the minority shareholders, who, in this case, include millions of Permodalan Nasional Berhad’ unitholders.

PNB is the controlling shareholders of the three companies. Thus this can be a golden opportunity for the Prime Minister to fulfill his pledge at the Umno Annual General Assembly in Kuala Lumpur last week to continue with the implementation of the NEP-type programmes.

While the merger proposal might have been promoted by PNB itself and ahead of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's appointment as Prime Minister, the final authority to approve or reject the merger lies with him.

But I personally take great comfort in the fact that the merger is being put together by the highly reputable and professional CIMB Group. I am sure everthing will be above board, transparent and fair.

Additionally, the Prime Minister could use this mega merger to protect and enhance the Bumiputera share of the corporate sector via the PNB.

He could use the mega merger to enhance the value of the three GLCs for the benefit of their shareholders.

He could use the mega merger to create possibly one of the largest plantation-based companies in the world so that it can truly enjoy the economies of scale and drives his agricultural revival programme.

He could use the mega merger to create more employment at the time when the number of unemployed graduates and school leavers, according to government statistics, is nearing 100,000. With the end of the 2006 school year, more school leavers will be joining the job market.

He could use the mega merger to “reward” the best corporate sector managers in the country by putting them at the helm.

Remember, Tun Dr Mahathir Mohamad and his key advisers, including the late Tun Ismail Ali and Tan Sri Desa Pachi raided the London Stock Exchange in early 1980’s to gain control of Guthrie Corporation.

Let’s hope that this time around our current Prime Minister will do as well, if not better for the sake of the shareholders of the three companies, their 60,000-odd employers and unit holders of PNB unit trust funds.

Tuesday, November 21, 2006

Mukhriz: Separating Grain From Chaff

A Kadir Jasin

[Anonymous comments will not be entertained. Please use real name or a suitable pseudoymn for easy identification.]

THE Umno Youth executive council member, Datuk Mukhriz Mahathir, who is now the punching bag of the Prime Minister’s supporters, does not need sympathy.

He knew what he was getting into when he mildly criticised Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s speech at last week’s Umno General Assembly.

He is a politician and he knows the price he has to pay. If he is not willing to take the risk, he should not be in politics. It’s still not too late for him to make an exit.

Or he can be like everybody else in Umno – toe the line. Umno should be more than happy to accept his apology. But that would render his political career unremarkable and, possibly, very brief.

But if he perseveres, he may yet prevail. Today’s Umno may not be made up of Einsteins of the Malay community. But it has enough politically astute members to realise that prolonging the debate could be counter productive.

At stake is not Mukhriz’s political future. He is almost alone and he’s only an Umno Youth Executive Council member. At the centre of this little controversy are the Prime Minister, his advisers and speechwriters.

A continuation of the debate will not only attract more attention to his Nov. 15 address but also risk greater scrutiny of his amanat (message). An independent assessment may not be as guarded as the one Mukhriz made.

Umno cannot also be seen to be pounding too hard on Mukhriz as this may give rise to suspicion that that it is picking on him because he is Tun Dr Mahathir Mohamad’s son --- a case of beating the son to spite the father.

One important element that Mukhriz’s critics must think very carefully is his standing in the Youth Movement. His position in the movement is tested and proven.

Unlike the Youth Chief, Datuk Hishammuddin Hussein, and his deputy Khairy Jamaluddin, Mukhriz contested and won the executive council post with the highest number of votes despite attempts at sabotaging him. Hishammuddin and Khairy won uncontested.

Although the party election is still some years away, Mukhriz could continue to build and strengthen his core support, which neither Hishammuddin nor Khairy could claim to have.

Acting harshly against Mukhriz will offend his supporters – something that all the “menang tanpa bertanding” Umno VIPs, Hishammuddin and Khairy in particular, can ill afford.

Still he has to play his card and make use of his newfound “notoriety” judiciously. The political, economic and media “machines” are against him.

And being the son of the recalcitrant Dr Mahathir is not necessarily advantageous at the time when all efforts are geared towards demolishing his (Mahathir’s) legacy.

When he commented on Abdullah’s speech, only The Star reported it. But when he was criticised, the mainstream media pounced on him like a pack of hungry wolves.

This is the turning point for Mukhriz. He either takes that penultimate dive and swims out of the tsunami created by his famous father or remains a mere thorn in Umno’s fat rear.

This is when the struggle calls for courage and sacrifice, and when the political mill will separate the grain from the chaff.

Friday, November 17, 2006

PM, Kebebasan Media dan Realiti Semasa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Tolong gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

UCAPTAMA Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Perhimpunan Agung Tahunan Umno tahun ini semestinya mengilhamkan para penulis dan pembaca.

Perdana Menteri secara khusus mengakui bahawa kritikan yang konstruktif (membina) adalah digalakkan dan menganggap media massa sebagai rakan dalam usaha membina masyarakat demokratik yang bertanggungjawab.

Utusan Malaysia keluaran 16 November memetik Perdana Menteri sebagai berkata bahawa kritikan konstruktif adalah digalakkan dan percanggahan pendapat dilihat secara objektif dan tidak semestinya dianggap sebagai tentangan terhadap Kerajaan.

‘‘Media semakin berani menyiarkan berita yang memperlihatkan kelemahan Kerajaan dan kesilapan anggota pentadbiran. Ada di kalangan anggota kerajaan dan anggota parti yang berasa resah. Ada yang menganggap Perdana Menteri telah hilang kawalan.

‘‘Sebenarnya, saya lebih bersedia melihat perbalahan hangat meletus di muka akhbar daripada rusuhan membara di muka bumi,’’ tegasnya.

Serentak itu beliau berkata media massa perlulah matang dan tidak terperangkap dengan isu sensasi yang boleh menjejaskan hubungan harmoni antara kaum serta mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan mempunyai pandangan positif terhadap media massa dan berharap ia dapat mengimbangi peranannya dalam pembangunan negara.

‘‘Pengurusan akhbar yang matang dan bijaksana akan dapat mencapai titik perimbangan yang dapat membina amalan media yang sihat, memahami masalah yang dihadapi rakyat dan prihatin terhadap masalah yang perlu ditangani oleh negara,’’ ujarnya.

Abdullah menegaskan bahawa media massa yang bertanggungjawab akan bersama menghayati wawasan negara dan membantu membina kematangan proses demokrasi.

‘‘Pengamal media perlu sama-sama mengamalkan akauntabiliti yang tinggi terhadap matlamat pembangunan negara dan perpaduan warga,’’ ujarnya.

Terima kasih Perdana Menteri. Hasrat dan jaminan Tuan itu tentulah melegakan dan menggembirakan pengamal media massa dan khalayak mereka yang semakin hari semakin keliru dengan arah tuju Kerajaan dan negara.

Tetapi di masa yang sama, tidak dapat tidak, ia akan mencetuskan perbahasan baru mengenai apa yang Perdana Menteri suratkan dengan apa yang sebenarnya tersirat dan antara apa yang dijanjikan dengan apa yang dilaksanakan.

Perdana Menteri bercakap mengenai media massa yang matang dan tidak terperangkap dengan isu sensasi yang boleh menjejaskan hubungan harmoni antara kaum serta mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Tetapi kita mendapati bagaimana media massa milik Umno dan Kerajaan sendiri, secara sengaja atau kerana leka, telah menyiarkan bahan-bahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam seperti kartun Nabi Muhammad (S.A.W).

Manakala akhbar bebas yang kecil dan terpencil yang melakukan kesilapan yang sama digantung penerbitannya, akhbar dan stesen televisyen milik Umno dan Kerajaan hanya perlu memohon maaf sambil lewa dan dibebaskan daripada segala tindakan.

Di saat-saat media massa milik Umno dan Kerajaan diuar-uarkan sebagai berada di bawah kepemimpinan yang berwibawa dan selari dengan prinsip-prinsip Islam Hadhari, kita mendapati ada akhbar yang digantung penerbitannya kerana menyiarkan bahan-bahan seks yang keterlaluan.

Ironinya, tepat pada saat Perdana Menteri bercakap mengenai kebebasan media di dalam Dewan Merdeka, penjual-penjual buku di luar dewan “diarahkan” jangan menjual buku-buku oleh beberapa orang penulis tertentu kerana kandungannya dikatakan kritikal terhadap Perdana Menteri, Umno dan Kerajaan.

Dan bagaimanakah kita mempertahankan kedudukan media massa, khasnya akhbar berbahasa Melayu, seperti yang dirayukan oleh wakil Johor, Mohd. Puad Zarkashi, jika proses “mendangkalkan” minda sudah menjadi begitu sebati dengan elit politik?

Dalam ucapannya membahaskan amanat Presiden, Mohd. Puad maju pembelaan daripada kerajaan dan UMNO bagi memastikan kelangsungan akhbar Melayu dan mengelakkannya daripada berkubur.

Kalau elit politik Melayu yang mempunyai pengaruh yang luas ke atas kandungan media massa berbahasa Melayu berminda hambar dan bercakap mengenai isu remeh-temeh, bagaimanakah mutu dan kandungan media massa berbahasa Melayu hendak dipertingkatkan?

Dan bagaimanakah Mohd. Zarkashi boleh mengharapkan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membantu memperkukuhkan prestasi kewangan media massa Melayu apabila mereka sendiri tidak teragak-agak bersaing atau membelakangkan media massa berbahasa Melayu?

Benar amaran Senator dari Johor itu yang berbunyi “ingat siapa yang kuasai maklumat, ia juga boleh menguasai kuasa.”

Tetapi, dalam suasana yang wujud hari ini kemampuan media massa berbahasa Melayu -- yang umumnya dimiliki oleh orang atau organisasi Melayu -- untuk menguasai maklumat adalah terhad.

Jumlah pengedaran yang kecil, bilangan muka surat yang terhad dan kandungan yang semakin hambar menyebabkan kemampuan media massa Melayu menjadi landasan memperluas dan memantapkan kuasa sama ada kuasa politik, pentadbiran atau ekonomi semakin diragui.

Hari ini, semakin banyak elit Melayu yang memegang teraju politik, pentadbiran dan ekonomi membaca akhbar berbahasa Inggeris dan menggunakan saluran baru maklumat yang berlandaskan Internet untuk memperoleh maklumat.

Tanpa sokongan iklan, media massa berbahasa Melayu terpaksa bergantung kepada jualan untuk menampung perbelanjaan. Ini mendorong mereka berlumba-lumba mencari pembaca dengan menyiarkan bahan-bahan sensasi yang kurang atau tiada langsung nilai maklumatnya.

Maka di sinilah terletak jurang antara apa yang dihasratkan dan dijanjikan oleh Perdana Menteri dengan apa yang sebenarnya dihantar dan sampai kepada kumpulan sasar.

Sistem penghantaran (delivery system) yang tidak terancang terus menjadi masalah dan sekali gus memburukkan imej pentadbiran sekarang. Lain yang dijanjikan, lain yang dihantar atau tidak dihantar langsung.

Maka, pada saat Perdana Menteri menjanjikan kebebasan berkarya, operator-operator Umno yang mahu Perdana Menteri saban masa berasa gembira, menyekat penjualan bahan-bahan yang dikatakan kritikal terhadap Kerajaan.

Dunia media Melayu khasnya dan media massa Malaysia amnya tidak akan mencapai matlamat yang beliau hasratkan jika terus wujud jurang dan kekangan antara apa yang tersurat dengan yang tersurat, apabila toleransi dan keterbukaan sekadar penyedap cakap.

Dunia media Malaysia tidak akan cerdik, bermaklumat dan berpengaruh jika proses menghambarkan (dumbing down) minda oleh elit politik, khasnya Umno, terus berlaku secara sedar atau tidak sedar – bila perbahasan amanat Presiden dipenuhi pantun seloka, lawak jenaka, puji-pujian dan retorik murahan.

Penggantungan penerbitan sebuah akhbar tabloid hujung minggu milik Umno baru-baru ini jelas membuktikan bagaimana proses ini telah menghalalkan transformasi sebuah akhbar tua yang sopan dan membina kepada risalah sensasi yang memperdagangkan seks rambang.

Monday, November 13, 2006

Abdullah, Mahathir, Umno dan .......

A Kadir Jasin

[Versi yang disemak semula. Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

[MUTAKHIR, 14 Nov. TUN Dr Mahathir Mohamad telah keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) setelah para doktor yang merawatnya sejak 9 Nov. lalu berpuas hati bahawa kesihatan bekas Perdana Menteri itu telah pulih secukupnya.

Dr Mahathir meninggalkan hospital jam 5.30 petang tadi. Beliau dinasihatkan supaya berehat sehingga bulan depan.]

Surat YBhg Tun Mahathir kepada ahli-ahli Umno.

Para perwakilan Umno yang dihormati sekalian,

Selamat bersidang.

Saya minta maaf kerana tidak dapat bersama.
Saya berdoa mudah-mudahan Allah subhanahuwata’ala,
Allah Yang Maha Esa membuka hati kita semua,
memberi hidayat dan petunjuk supaya mengorbankan segala-gala demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Amin Ya Rabbul A’lamin

Mahathir bin Mohamad
Ahli Umno : 0000001
15hb.November 2006

SEMPENA persidangan tahunan Umno yang bermula hari ini, saya ingin mengambil kesempatan membina beberapa senario untuk kita renungkan bersama.

Bunyinya lebih kurang begini ---- Perdana Menteri tidak akan kalah, Presiden Umno tidak akan tewas, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menang, Umno mungkin dihukum pada pilihan raya umum akan datang dan pentadbiran negara, khasnya pengurusan ekonomi, mungkin akan terganggu.

Dalam sejarah Malaysia, bukan mudah mengalahkan Perdana Menteri. Hasil daripada sistem perkongsian kuasa yang membabitkan pelbagai kaum di mana keistimewaan diberikan kepada kaum majoriti Melayu, usaha menjatuhkan Perdana Menteri amat sukar dilaksanakan.

Turut merumitkan keadaan adalah ciri-ciri feudalisme yang masih kuat bertapak dalam masyarakat Melayu. Lihat sahaja betapa mudahnya Umno diyakinkan dengan keturunan.

Satu-satu Perdana Menteri yang tidak “berketurunan” adalah Dr Mahathir yang berasal daripada keluarga bukan aristokrasi. Yang lain semuanya membina kerjaya politik mereka berlandaskan keturunan.

Tunku Abdul Rahman putera di raja, Tun Abdul Razak Hussein Orang Besar Pahang, Tun Hussein Onn aristokrat Johor dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pewaris keluarga Ulama Politik Pulau Pinang.

Walaupun Umno sudah berusia 60 tahun, negara sudah merdeka 49 tahun dan masyarakat Malaysia lebih canggih namun unsur feudalisme dan keturunan dalam Umno dan pemerintahan bukan semakin luntur malah semakin kental.

Manifestasinya adalah kehadiran watak-watak umpama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Seri Syed Hamid Jaafar Albar.

Ciri-ciri yang sama jelas mengambil peranan memudahkan kemunculan dan kemaraan watak-watak baru seperti Khairy Jamaluddin (Timbalan Ketua Pemuda merangkap menantu Perdana Menteri), Nur Jazlan Mohamed (Ahli Parlimen dan anak bekas Menteri) dan Astaman Abdul Aziz (Ahli Parlimen dan anak bekas Menteri).

Malah Dr Mahathir juga boleh membina dinasti politiknya sendiri jika beliau mahu. Sebaliknya beliau menghalang anak-anaknya daripada memegang jawatan parti ketika beliau menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Justeru itu, percubaan menjatuhkan Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Satu-satunya percubaan yang berjaya memaksa Perdana Menteri dan Presiden Umno berundur adalah pada tahun 1969/70 berikutan peristiwa 13 Mei, 1969.

Banyak pemerhati politik dan sejarawan merujukkan gerakan itu kepada Dr Mahathir yang dikatakan mempeloporinya dengan “restu” Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Abdul Razak.

Ketika percubaan itu dibuat, kedudukan Tunku lemah dan sukar dipertahankan akibat prestasi buruk Parti Perikatan pada pilihan raya umum 1969 dan pergaduhan kaum yang berlaku beberapa hari selepas itu.

Sejak itu, hanya dua percubaan dibuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden Umno iaitu oleh Allahyarham Haji Sulaiman Palestin terhadap Allahyarham Tun Hussein dan pakatan Tengku Razaleigh Hamzah-Musa Hitam, yang turut merangkumi Abdullah, terhadap Dr Mahathir pada tahun 1987.

Percubaan menjatuhkan Hussein gagal. Begitu juga dengan cabaran terhadap Dr Mahathir. Bagaimanapun selepas itu Umno diseret ke mahkamah dan diharamkan, Umno Baru ditubuhkan dan kedudukan Dr Mahathir menjadi bertambah kuat.

Ironinya ialah cabaran itu akhirnya memberikan kuasa yang sangat besar kepada Presiden Umno dan Perdana Menteri. Inilah antara legasi utama politik pada era Dr Mahathir.

Satu demi satu dasar, peraturan dan amalan yang diperkenalkan atas nama perpaduan parti dan orang Melayu memperkukuhkan kedudukan Presiden dan pemegang-pemegang jawatan utama parti.

Itulah kuasa dan keistimewaan yang diwarisi dan dimanfaatkan oleh Abdullah untuk meminggir dan melenyapkan suara Dr Mahathir. Dan jika amalan itu tidak diubah, itulah juga senjata yang akan menikam Abdullah apabila beliau bersara nanti.

Justeru itu, kita perlu bertanya apakah dalam suasana ini mampu Dr Mahathir atau sesiapa juga dalam Umno menggugat kedudukan Presiden parti dan Perdana Menteri?

Jawapannya ialah sukar walaupun tidak mustahil. Kalau Dr Mahathir berjaya memesatkan persaraan Tunku dengan “restu” Abdul Razak, dia hanya mampu mengulangi proses itu jika “disokong” oleh anak Abdul Razak bernama Mohd Najib.

Malah, daripada apa yang boleh dilihat dan boleh difikirkan kita tidak pun boleh membuat kesimpulan bahawa Dr Mahathir dan mereka yang sealiran dengan beliau sebenarnya mahu menjatuhkan Abdullah.

Daripada apa yang boleh kita analisis dan fahami, Dr Mahathir mengkritik Abdullah bukan kerana hidung Abdullah lebih mancung daripada hidungnya atau kerana Abdullah kerap mengimamkan solat dan beliau tidak.

Dr Mahathir mengkritik Abdullah kerana dasar dan gaya pentadbirannya seperti membatalkan Projek Jambatan Bengkok, penyelewengan AP, penjualan MV Augusta dan campur tangan anggota keluarga dalam politik, pentadbiran, perniagaan dan media, tunduk kepada kuasa luar dan menggunakan kaedah “police state”.

Sekalipun kritikan Dr Mahathir dan idea-idea beliau dikongsi oleh banyak ahli Umno dan rakyat jelata, persoalannya ialah apakah ada di kalangan pembesar Umno hari ini seorang seperti Abdul Razak yang berani atau berkemampuan “merestui” penyingkiran Presiden dan Perdana Menteri?

Jawapannya tiada. Mohd Najib tidak akan merestui atau membenarkan sesiapa pun menggunakan namanya untuk menggugat kedudukan Abdullah. Selepas melihat nasib buruk yang menimpa Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – dua Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri yang kecundang – dasar Mohd Najib adalah menjadi timbalan yang setia dan taat.

Lagipun, selain Mohd Najib tiada siapa dalam barisan pembesar Umno yang menduduki Majlis Tertinggi sekarang yang cukup berpengaruh untuk mengambil tempat Mohd Najib sebagai pengganti Abdullah.

Ada beberapa orang anggota MT hari ini yang ada ciri kepemimpinan, berbudi pekerti mulia dan mempunyai kapasiti minda yang tinggi. Ironisnya, ciri-ciri ini jugalah yang nampaknya ditakuti dan dibenci oleh kepemimpinan Umno hari ini.

Di luar kerangka utama kuasa, dua nama yang sering disebut sebagai kemungkinan adalah Tengku Razaleigh dan Anwar. Tengku Razaleigh yang kini berusia 69 tahun mempunyai rekod perkhidmatan parti dan kerajaan yang luas manakala Anwar masih berupa satu-satunya pemimpin generasi baru yang karismatik.

Dalam jangka masa singkat, kedudukan Tengku Razaleigh lebih realistik kerana dia ahli kanan Umno dan Ahli Parlimen. Ada pandangan mengatakan bahawa Mohd Najib tidak perlu dikorbankan demi Tengku Razaleigh.
Menurut aliran pemikiran ini, Tengku Razaleigh boleh dipilih menjadi Presiden Umno dan Mohd Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir tidak berminat dan berhasrat kembali menerajui Umno dan kerajaan. Malah dengan keadaan kesihatan beliau sekarang, kemampuannya terus menjadi pemangkin perubahan adalah terhad.

Yang akan segar dan menjadi pencetus perubahan adalah idea-idea beliau yang bernas dan komitmen beliau yang kental kepada perjuangan mendaulatkan negara. Itu pun media massa arus perdana yang terkongkong di bawah pemilikan Umno dan kawalan Kerajaan akan terus dikerah untuk memusnahkan legasi beliau.

Pemusnahan legasi Mahathir mungkin, dalam masa singkat, akan memperkuatkan kedudukan Abdullah dan membanteras sebarang kemungkinan berlaku pergerakan besar-besaran (mass movement) ke arah mengubah kepemimpinan Umno dan Kerajaan.

Kesimpulannya, kedudukan Abdullah tidak akan tergugat apatah lagi dengan pemilihan Umno tidak akan diadakan sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.

Tetapi Umno, Kerajaan dan rakyat jelata mungkin terus mengalami dilema dan akan dinilai secara negatif pada pilihan raya umum yang akan datang.

Abdullah mengatakan dengan tegas bahawa beliau bukan Perdana Menteri satu penggal (one-term Prime Minister). Itu semua orang faham.

Tetapi yang akan terus menjadi tanda tanya ialah apa akan terjadi kepada Umno, Barisan Nasional, orang Melayu, rakyat Malaysia, maruah dan keselamatan negara, kedudukan ekonomi rakyat, peranan global kita dan banyak lagi?

Kalau Umno dan rakyat jelata masih mengidamkan perubahan, idea-idea yang dicetuskan oleh Dr Mahathir dan legasi yang beliau tinggalkan akan terus relevan.

Bergantung kepada cara bagaimana pentadbiran sekarang menanganinya, ia sama menjadi racun berbisa yang menyebabkan luka semakin bernanah atau penawar yang boleh menyembuhkan seribu penyakit.

Soalnya apakah Umno yang bersidang minggu ini mempunyai pekerti yang cukup tinggi dan minda yang cukup bergeliga untuk memilih antara yang hambar dengan yang bestari, antara yang hipokrit dengan yang ikhlas dan antara kaca dengan permata.

Selamat bersidang.

PS. Terima kasih Saudara Akulamat kerana mengingatkan saya mengenai cabaran Sulaiman Palestin terhadap Hussein Onn. Saya sudah buat pembetulan dalam versi ini.

Saturday, November 11, 2006

Tun Dr M Kata Terima Kasih

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin sihat.

Hari ini beliau memberi temu ramah ringkas kepada Bernama dan RTM.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff, dalam temu ramah itu, Tun Dr Mahathir secara khusus mengucapkan terima kasih kepada peserta blog kita ini kerana mendoakan kesihatan beliau.

Semalam, sebagai tanda kenang budi kepada Tun dan bagi membuktikan yang dia tidak keseorangan di saat-saat cemas ini, saya telah menyalin (downloaded) ucapan doa saudara/saudari dan menghantarkannya kepada beliau.

Saya harap saudara/saudari tidak membantah. Terima Kasih.

Thursday, November 09, 2006

Tun M di IJN, Kita Berdoa

A Kadir jasin

[Revised Version]

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

SAYA melawat Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) jam 5 petang tadi. Tun dalam keadaan baik. Beliau menerima beberapa orang pelawat dan berbual-bual ringan dan berjenaka dengan mereka.

Bekas Perdana Menteri memberitahu saya dia berasa selesa dan mengakui bahawa beliau terlalu aktif beberapa hari lalu dengan perjalanan ke Arab Saudi dan New Zealand.

Antara pembesar yang mengunjungi beliau adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada kira-kira jam 2.30 petang dan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yaacop, pada sebelah pagi.

[Laporan Asal]

LAPORAN Bernama, jam 12.33, 9 Nov, berbunyi: “Tun Mahathir Admitted To IJN
KUALA LUMPUR, Nov 9 (Bernama) -- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has been admitted to the National Heart Institute in Kuala Lumpur Thursday after complaining of chest pains at his house this morning, an aide to the former prime minister told Bernama.”

Saya berdoa Tun segera sembuh. Semalam saya dan banyak rakan-rakan wartawan bebas menyertai pengunjung lain berjumpa beliau di majlis rumah terbuka Aidil Fitri anak-anaknya.

Turut hadir ialah Datuk Seri Zam (Datuk seri Melaka) pun turut hadir. Aktivis Umno kawasan Datuk Seri Zam (Merbok)pun turut hadir. Apa yang mereka kata mengenai Datuk Seri Zam kepada saya tidak elok saya ulangi di sini. This is neither the occasion nor the time.

Datuk Seri Zam bukan macam saya. Dalam bahasa mesra orang Kedah, orang macam saya dipanggil pemberita cabuk. Tapi Datuk Seri Zam sudah lama meninggalkan dunia pemberita cabuk untuk menjadi pembesar politik negara.

Mengenai Tun, saya rasa dia perlu rehat, slow down and take it easy. Antara Sabtu lalu dan semalam, saya dimaklumkan, Tun telah pergi ke Saudi Arabia dan kemudian ke New Zealand untuk berucap dan mengadakan rundingan.

Tetapi di dalam apa pun kejadian ada hikmat dan kebaikannya. Tun kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN ) yang berupa simbol mutakhir pengiktirafan beliau kepada kehebatan doktor-doktor anak watan yang melakukan pembedahan jantung ke atas beliau lebih 15 tahun lalu.

Ketika pembesar-pembesar lain “lari”mencari rawatan di luar negara untuk masalah kesihatan yang lebih kecil, Tun menaruh sepenuh keyakinan terhadap kemampuan doktor-doktor anak watan untuk membelah dadanya dan merawat jantungnya..

Sebagai pernyataan terima kasih dan pengiktirafan, beliau menganugerahkan mereka dan rakyat Malaysia sebuah hospital khas untuk rawatan jantung iaitu IJN.

Bagi Tun, setiap butir permata ilmu dan setiap cebis pengalaman wajib dimanfaatkan.

Justeru itu kita berdoa.

Wednesday, November 08, 2006

Sekadar Melepas Rasa Terbuku Di Hati

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

RASA sedih, hairan dan ngeri. Akibatnya saya terpaksa bertanya: Apakah yang sedang terjadi kepada Negara kita; negara Malaysia tercinta?

Berita sensasi mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri dan pembesar-pembesar Umno membina rumah umpama mahligai tanpa kebenaran.

Berita mengenai dinasti politik yang semakin menular kuasanya sehingga ke peringkat Majlis Perbandaran dan Daerah.

Berita mengenai kemurkaan Sultan terhadap penyelewengan cawangan eksekutif sehingga memaksa Baginda campur tangan dalam hal yang sepatutnya ditangani dan diselesaikan oleh Cawangan Eksekutif.

Berita mengenai jenayah kejam -- yang sama atau lebih kejam daripada yang digambarkan di dalam filem-filem Mafia Amerika -- yang menyangsikan orang kenamaan, pegawai dan anggota polis ditangkap dan dikenakan tahanan reman.

Ditakuti, kalau kita tidak berhati-hati dan berjaga-jaga, negara kita akan digambarkan sebagai “the murder capital of the world”.

Harap-harap, rasa gundah gulana di hati ini tidak mencerminkan realiti. Harap-harap negara tercinta ini masih dalam jagaan Illahi.

Harap-harap apa sedang berlaku adalah kekecualian dan bukan kebiasaan – exceptions and not the rule.

Na’uzubillahi min dzalik.

[PS. Dan berita mengenai akhbar tabloid "milik Umno" digantung penerbitannya oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri kerana "mewujudkan kontroversi di kalangan pembaca dengan laporan-laporan yang dianggap keterlaluan menganai isu-isu berkaitan seks.]

Friday, November 03, 2006

Dr M tidak disingkir tapi diberi kata dua

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]


SYABAS kepada Majlis Tertinggi Umno dan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , kerana bertindak waras tidak menghukum Tun Dr Mahathir Mohamad atas “dosanya” mengkritik Kerajaan secara terbuka.

Seperti terkandung di dalam update posting bertarikh 2 Nov., MT UMNO yang bermesyuarat semalam (2 Nov.) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan disiplin ke atas Dr Mahathir.

Utusan Malaysia (3 Nov.) memetik Abdullah sebagai berkata bahawa bekas Perdana Menteri itu juga tidak akan dilucutkan jawatan sebagai penasihat kepada beberapa badan kerajaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, ini tidak bermakna bahawa Dr. Mahathir kebal daripada tindakan jika melanggar peraturan dan perlembagaan parti.

‘‘Keputusan MT itu bukan menandakan kepimpinan parti takut untuk mengambil tindakan terhadap Dr. Mahathir, cuma buat masa ini parti tidak mahu mengambil sebarang tindakan,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Ada beberapa isu yang perlu dikaji, dianalisis dan difahami. Pertamanya, MT tidak mempunyai hak ke atas pelantikan Dr Mahathir atau sesiapa sahaja sebagai penasihat Kerajaan dan agensi-agensinya. Ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.

Kuasa atau hak MT, jika ada, hanyalah sekadar memberi pandangan atau membuat gesaan sama ada melantik atau memecat seseorang. Namun ada eloknya Perdana Menteri, sekalu Presiden Umno, memberi peluang kepada ahli-ahli MT menyuarakan pandangan.

Kedua, isu kedudukan Dr Mahathir itu, menurut Abdullah (seperti dilaporkan oleh Bernama) dibangkitkan oleh perwakilan Umno Kedah. Laporan Utusan pula memetik Perdana Menteri sebagai mengulas cadangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas yang mendesak Kerajaan melucutkan segera semua jawatan Dr. Mahathir dalam Kerajaan berikutan tindakannya terus mengkritik kepimpinan Abdullah.

Gesaan perwakilan Kedah dan Pemuda Kepala Batas itu jelas merupakan percubaan untuk mempolitikkan kedudukan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas, Proton dan Lembaga Kemajuan Langkawi (Lada).

Bagaimanapun, jelas buat masa ini iaitu Perdana Menteri dan MT tidak berasa perlu untuk mempolitikkan isu itu lebih daripada apa yang sudah berlaku. Dalam erti kata yang lain, Perdana Menteri dan MT mungkin berpendapat bahawa “hatchet job’ yang dilakukan oleh penggiat, operator dan juak-juak Umno di peringkat negeri dan bahagian sudah cukup sebagai hukuman ke atas Dr Mahathir.

Ketiga, MT tidak mempunyai asas moral yang kukuh untuk menghukum Dr Mahathir kerana mengkritik Kerajaan secara terbuka setelah melakukan pelbagai tipu-helah menghalang beliau daripada menggunakan pentas Umno.

Malah Perdana Menteri tidak pun memberi reaksi kepada cadangan Mubarak agar Dr Mahathir dijemput berucap kepada ahli MT dalam majlis tertutup dan berjumpa dengan anggota Kabinet Umno/Melayu.

Bukan itu sahaja, Abdullah turut menolak permintaan Dr Mahathir agar perjumpaan mereka pada 22 Oktober lalu dihadiri oleh seorang saksi.

Keempat, Abdullah melalui sidang akhbarnya memberi amaran kepada Dr Mahathir dan semua ahli parti bahawa MT berhak dan akan mengambil tindakan ke atas mereka jika dirasakan perlu.

Dan kelima, Abdullah secara terang menyatakan bahawa keputusan MT tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Mahathir tidak bermakna ia takut kepada bekas Perdana Menteri itu.

Saya setuju. Perdana Menteri dan MT tidak perlu takut kepada Dr Mahathir. Dengan keseluruhan jentera parti, kerajaan dan media massa arus perdana di belakangnya, Perdana Menteri tidak perlu takut kepada Dr Mahathir.

Yang perlu diperhatikan dan diberi pertimbangan oleh Perdana Menteri dan MT ialah kemungkinan kritikan Dr Mahathir dan isu-isu yang beliau bangkitkan sudah mempunyai momentumnya sendiri. Ia bukan lagi agenda peribadi Dr Mahathir tetapi sesuatu yang sudah mempunyai “rohnya” sendiri.

Namun, saya menganggap nada suara Abdullah dan MT yang agak “concoliatory” (bertolak ansur) itu sebagai positif dan memberikan sedikit harapan bahawa ketegangan sekarang boleh diredakan dan perbezaan pendapat boleh diatasi tanpa sesiapapun hilang air muka.

Misalnya, Kerajaan boleh memulakan proses pemikiran semula – rethinking-- ke atas projek-projek dan dasar-dasar era Dr Mahathir yang dibatalkan atau digantung seperti Jambatan Bengkok, Landasan Kereta Api Kembar dan Projek Hidro Bakun dan memberi penjelasan yang lebih meyakinkan mengenai penjualan MV Agusta, rundingan perjanjian perdagangan bebas dan pengeluaran permit import kenderaan bermotor (AP) seperti yang berulang kali dijanjikan.

Mesti ada sesuatu yang tidak kena atau tidak sempurna dengan jawapan Kerajaan sehingga kini apabila masih banyak rakyat jelata yang terus memihak kepada Dr Mahathir walaupun Kerajaan dan media massa kawalannya mendakwa bahawa semua pertanyaan beliau telah dijawab dan dijelaskan.

Serentak itu, Perdana Menteri dan MT perlu memulakan proses mengeluarkan duri, bisa dan racun dari jasad Kerajaan dan Umno. Ahli-ahli MT harus lebih ikhlas dan telus dengan Perdana Menteri. Mereka wajib menyatakan apa yang terbuku di hati mereka mengenai pengurusan Pejabat Perdana Menteri, parti dan media massa milik parti.

Sikap dan sifat talam dua muka sesetengah daripada mereka tidak membantu memperkukuhkan kawalan parti ke atas Kerajaan dan memberikan isyarat yang mengelirukan kepada ahli dan penyokong parti.

Bukan rahsia lagi bahawa pembesar-pembesar talam dua muka ini berteriak “yes sir” (ya tuan) di hadapan Perdana Menteri dan orang kepercayaan beliau tetapi membebel mengkritik beliau di kedai kopi dan di rumah kenduri.

Umno tidak boleh menyukarkan penyertaan ahli di dalam kegiatan parti atau menyekat penyaluran maklumat kepada mereka. Apa pun alasan dan muslihat MT mengubah masa mesyuarat agung tahun ini daripada hujung minggu kepada hari kerja (mulai Isnin 13 November), kesannya ia menyukarkan perwakilan, pemerhati dan ahli biasa datang ke Kuala Lumpur untuk menghadirinya.

Harus diakui bahawa bukan semua ahli dan penyokong Umno bergantung kepada jentera propaganda rasmi untuk mendapatkan maklumat. Mereka kini mempunyai saluran maklumat alternatif seperti laman berita Internet dan blog. Tidak semua yang percaya dan menyokong membabi-buta lagi.

Tuesday, October 31, 2006

Lagi Percubaan Meminggirkan Dr M

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]

[Update, 2 November]

MAJLIS Tertinggi Umno yang bermesyuarat hari ini mengambil keputusan tidak memperakukan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat beberapa agensi kerajaan termasuk Petronas dan Proton kerana mengkritik Kerajaan.

Menurut Bernama, Presiden parti merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata selepas mempengerusikan mesyuarat itu bahawa Umno juga tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin ke atas bekas Perdana Menteri itu.

"Majlis Tertinggi mengambil maklum cadangan pemimpin-pemimpin Umno Kedah berkenaan kedudukan Tun sebagai penasihat kepada beberapa buah agensi kerajaan dan memutuskan tidak akan menamatkan perkhidmatannya sebagai penasihat badan-badan itu,” kata Abdullah.

"Majlis Tertinggi juga tidak akan mengenakan tindakan disiplin ke atas Dr Mahathir kerana mengkritik Kerajaan secara terbuka," Abdullah memberitahu sidang akhbar.

Abdullah berkata tiada ahli parti yang terkecuali daripada tindakan tatatertib tetapi Majlis Tertinggi memutuskan tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Dari aspek undang-undang dan peraturan, keputusan MT itu adalah akademik kerana hak melantik dan menamatkan perkhidmatan Dr Mahathir adalah hak Perdana Menteri.

Tindakan merujuk kedudukan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas, Proton dan Lada kepada MT boleh dilihat sebagai percubaan oleh sesetengah pembesar Umno untuk mempolitikkan pelantikan beliau kerana tindakannya mengkritik Kerajaan.

Dr Mahathir dipetik sebelum ini sebagai berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai penasihat tetapi akan akur kepada keputusan parti.

[Posting Asal]

DALAM posting pada 17 Jun lalu, saya mengemukakan soalan: Tersingkir sekali lagi kah Dr Mahathir?

Saya meramalkan bahawa lambat laun Umno akan bertindak terhadap beliau kerana mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan.

Dari aspek undang-undang dan peraturan, bekas Perdana Menteri itu masih menganggotai Umno. Tetapi, untuk segala maksud dan tujuan, dia sudah tersingkir daripada parti yang dianggotainya sejak tahun 1946.

Dia bukan sahaja tidak lagi dialu-alukan di atas pentas Umno, malah dia sedang diburu seperti anjing kurap yang jijik oleh anak-anak didiknya sendiri.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya pada 30 Oktober memaparkan tajuk berita: “MT bincang jawatan Dr M sebagai penasihat syarikat dan agensi Kerajaan.”

Kalau akhbar itu masih berwibawa dan laporannya masih mencerminkan sentimen Umno, maka masa depan Dr Mahathir di dalam Umno semakin pudar. Malah kemungkinan beliau disingkirkan sekali lagi tidak boleh ditolak bulat-bulat.

Menurut akhbar itu, langkah membawa isu berkenaan ke mesyuarat MT Khamis ini diambil sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada kritikan berterusan Dr. Mahathir terhadap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Apakah “penyelesaian kepada kritikan berterusan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri” termasuk penyingkiran daripada Petronas, Proton dan Umno?

Akhbar itu memetik Setiausaha Kerja Umno, Brigedier Jeneral (B) Husainay Hashim sebagai berkata bahawa sebarang perkara yang membabitkan parti sudah tentu akan dibincangkan dalam mesyuarat MT.

Namun ada baiknya MT mengambil daya usaha itu walaupun pelantikan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas dan Proton bukan dalam bidang kuasanya. Pelantikan Dr Mahathir adalah keputusan Perdana Menteri.

[Dr Mahathir memberitahu rombongan Mubarak yang mengunjunginya pada 30 Oktober bahawa dia tidak bercadang meletakkan jawatan daripada Petronas dan Proton.]

Dengan membawa hal itu ke mesyuarat MT, bolehlah lebih banyak pembesar Umno (saya sengaja tidak menggunakan istilah pemimpin) memberi pandangan, walaupun kita sudah boleh meneka bahawa majoriti mahu Dr Mahathir terus dihukum.

Seandainya Dr Mahathir disingkirkan sebagai penasihat Petronas dan Proton, yang rugi bukan Dr Mahathir tetapi Umno dan negara. Di dalam Umno hari, tidak ada orang yang lebih mengetahui mengenai dua entiti ekonomi negara itu selain Dr Mahathir.

Saya masih ingat bagaimana pada tahun 1976 Dr Mahathir kerap memberikan taklimat off-the-record kepada wartawan ekonomi mengenai rundingan Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (Production Sharing Agreement) di antara Petronas dan syarikat-syarikat minyak antarabangsa.

Waktu itu beliau Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan. [Pada waktu itu, Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid, yang pada 28 Oktober lalu, mengecam hebat Dr Mahathir, baru berusia 16 tahun.]

Di bawah pentadbiran beliau selama 22 tahun, industri petroleum negara berkembang pesat dan dasar pengantarabangsaan perniagaan beliau mengubah Petronas daripada sebuah syarikat minyak nasional kepada salah sebuah syarikat minyak antarabangsa yang terbesar di dunia.

[Dalam tempoh masa itu juga, Mahdzir lulus universiti, menjadi guru, masuk politik dan bertanding pilihan raya.]

Hari ini Petronas bergiat di 30 buah negara dan menjadi salah sebuah daripada 500 syarikat terbesar di dunia mengikut senarai majalah Fortune.

Dalam pucuk pimpinan Umno dan Kabinet hari ini, saya rasa yang mengetahui secara mendalam peranan Dr Mahathir memajukan Petronas adalah Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Seperti Dr Mahathir, Najib terbabit dengan hari-hari awal Petronas dalam kapasiti beliau sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam syarikat minyak negara itu.

Kalau Najib masih Najib yang saya kenali dan yang saya temuramah untuk akhbar Business Times pada tahun 1977, beliau wajib memberi perspektif sejarah kepada pembabitan Dr Mahathir dalam Petronas seandainya kedudukan beliau sebagai Penasihat Petronas dibincangkan Khamis ini.

Jika Najib dan sesetengah daripada kita berani atau boleh bersuara ketika “Diktator” Mahathir memerintah negara, saya tidak nampak sebab mengapa Najib dan pembesar-pembesar Umno tidak berani bersuara pada zaman ketelusan dan keterbukaan ini.

Kalau Allahyarham Abdul Razak Hussein boleh dianggap sebagai Bapa Petronas, Dr Mahathir adalah Bapa Proton. Beliaulah yang mencetuskan idea Projek Kereta Nasional pada tahun 1983 dan kerananya berpecah hala dengan timbalannya pada waktu itu Musa Hitam.

[Diktator Mahathir dicabar oleh Musa, Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi pada pimilihan Umno tahun 1987. Dia hampir kalah.]

Walaupun masa depan Proton kini dikaburkan oleh ketiadaan dasar yang jelas dan pengurusan yang terumbang-ambing, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah ia telah berjaya mewujudkan kepakaran dan kapasiti ekonomi di dalam bidang automotif, khasnya di kalangan Bumiputera.

Petronas dan Proton, melalui dasar pembiayaan pendidikan, gunatenaga dan latihan masing-masing telah melahirkan puluhan ribu jurutera dan pengurus Bumiputera.

Dr Mahathir tidak meminta diberikan gelaran dan anugerah. Dia tidak meminta dirinya diberikan gelaran negarawan. Yang meberikan gelaran dan jolokan ini semua adalah pembesar-pembesar Umno sediri kerana pada waktu itu, apa yang baik bagi Dr Mahathir akan membawa keuntungan kepada mereka.

Jadi tidak kenalah kalau ada orang seperti Mahdzir yang hari ini mengungkit mengenai kenegarawan Dr Mahathir.

Lagipun, siapalah beliau untuk mengatakan yang dia dan rakyat Kedah berasa malu dengan tindakan Dr Mahathir dan hilang keyakinan terhadap bekas Perdana Menteri itu?

Kalau dibandingkan Mahdzir dengan Mahathir, kesimpulannya samalah dengan kita membandingkan langit dengan bumi -- jaraknya terlalu jauh.

Kalau pembesar-pembesar Umno dan Kerajaan yang lebih kanan dan yang sudah lebih daripada dua dekad berdamping dengan Dr Mahathir masih tidak berupaya memahami beliau, inikan pula Mahdzir yang baru setahun jagung dalam politik nasional.

Maaf cakap, sebenarnya orang seperti beliaulah yang bertanggungjawab mengeruhkan suasana yang sudah pun keruh di antara Abdullah dan Dr Mahathir dengan membuat kenyataan rambang yang kemudiannya diputar-belitkan oleh sesetengah komponen media arus perdana.

Malangnya, kumpulan “orang muda berkeris” inilah – meminjam ungkapan ahli Umno bilangan 33, Tan Sri Khalid Abdullah (bekas Exco Kedah dan bekas Pengerusi Utusan Melayu Berhad) yang nampaknya “berpengaruh” terhadap Pentadbiran Abdullah.

Saya kagum membaca biodata Mahdzir yang dimuatkan di dalam portal rasmi Kerajaan Negeri Kedah. Saya bangga apabila budak Kampung Jabi, Pokok Sena berjaya masuk universiti (USM) dan seterusnya menjadi pembesar negeri.

Pada zaman saya bersekolah di Saint Michael School, Alor Star pada tahun 1950an dan 1960an, Kampung Jabi adalah kampung pedalaman yang menjadi bahan jenaka dan ketawa. Ia sinonim dengan istilah hulu.

Tetapi, terima kasih kepada pemimpin terdahulu seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera dan Dr Mahathir, hari ini Kampung Jabi berupa sebahagian daripada “the greater Alor Star” dan melahirkan seorang Menteri Besar yang “berasa bahawa orang Kedah malu dan tidak lagi menghormati Dr Mahathir” kerana dia mengkritik Abdullah [New Straits Times, 29 Oktober.]

Saya berasal dari Kedah. Kampung saya tidak jauh dari Kampung Jabi. Hasil daripada pembangunan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, kini ada tiga atau empat laluan bertar yang menghubungkan kampung saya dengan Kampung Jabi.

Saya boleh ikut jalan pekan Titi Haji Idris. Saya boleh ikut laluan pekan Langgar dan saya boleh ikut jalan Kampung Tobiar. Kampung Jabi tidak lagi sinonim dengan hulu dan kemunduran.

Sebagai orang kampung, saya yakin Mahdzir arif mengenai ular. Dr Mahathir ibarat ular berbisa yang secara sukarela turun dari pohon tinggi. Kini dia menyusur akar.

Mahdzir, sebagai budak Kampung Jabi, pasti tahu bahawa ular tedung yang menyusur akar tidak hilang bisanya. Ular kapak yang hodoh rupanya dan bersembunyi di bawah daun kering jika mematuk boleh menyebabkan daging mangsanya menjadi busuk dan reput.

Saya tidak akan membazirkan ruang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Hishammudin Hussein bahawa dia “sick and tired” dengan kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah dan Kerajaan.

Saya kenal siapa pembesar dari Negeri Johor ini. Saya berbulan-bulan membuat liputan lawatan perpisahan Allahyarham bapanya, Tun Hussein, sebelum beliau bersara pada tahun 1981. Lawatan yang penuh emosi dan air mata.

Saya sekadar ingin mengingatkan anda semua mengenai kata dua “pendekar” Umno, Nazri Abdul Aziz, tidak lama lalu yang berbunyi “kita tengok siapa letih dulu.”

Friday, October 27, 2006

Abdullah Sangkal Dakwaan Dr M

A Kadir Jasin.

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa. Pilih antara Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang mana satu lebih pantas dan “reliable”.]

[Update 30 Oktober 2006 - Revised Version]

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menyerahkan transkrip soal jawabnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, 22 Oktober lalu kepada perwakilan Mubarak yang menemuinnya di Putrajaya.

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, Dr Mahathir memberitahu perwakilan Mubarak bahawa terpulanglah kepada Kerajaan sama ada hendak memecat beliau sebagai Penasihat Petronas dan Proton atau tidak. Bagi pihaknya, dia tidak bercadang meletakkan jawatan.

Akhbar Utusan Malaysia dalam laporan muka satunya hari ini berkata Majlis Tertinggi Umno yang akan bermesyuarat Khamis ini akan membincangkan kedudukan Dr Mahathir sebagai penasihat syarikat dan agensi Kerajaan.

Dr Mahathir juga mengulang-maklum kepada Mubarak bahawa beliau akan terus mengkritik Kerajaan jika pada fikirannya ada perkara yang tidak kena.

Perwakilan Mubarak pula memaklumkan kepada beliau bahawa mereka akan meneruskan usaha damai mereka.

Wakil Mubarak yang hadir hari ini adalah Datuk Abu Zahar Ujang (bekas MP Kuala Pilah merangkap pemangku Pengerusi Mubarak), Tan Sri Zaleha Ismail (bekas Menteri Kebajikan), Datuk Othman Abdul (bekas MP Pendang) dan Datuk Badri Yunus (bekas Ecxo Kedah).

Terdahulu, sumber-sumber yang rapat dengan Dr Mahathir berkata bekas Perdana Menteri itu akan menceritakan apa yang berlaku dalam pertemuan beliau dengan Abdullah 22 Oktober lalu.

Sumber-sumber itu menambah, oleh kerana pertemuan berkenaan diusahakan Mubarak maka Dr Mahathir berasa wajar untuk memaklumkan kepada Mubarak secara terus mengenai apa yang telah berlaku.


Sementara itu, salah seorang ahli Mubarak yang terbabit merundingkan pertemuan Abdullah-Mahathir, Tan Sri Khalid Abdullah telah mengutus surat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Menteri Pertanian Tan Seri Muhyiddiin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid.

Surat itu berbunyi: "Beberapa waktu yang lalu, masalah telah timbul iaitu perbalahan di antara Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Abdullah, bekas Presiden dan Presiden UMNO sekarang. Saya rasa bimbang kerana pada hemat saya UMNO sekarang menuju ke arah yang lebih buruk sejak ianya ditubuhkan dulu. Adalah menjadi satu kesilapan jika pihak-pihak tertentu bertindak mengikut hawa nafsu, bukan dengan fikiran yang waras. Ada yang bersikap seperti “ORANG MUDA BERKERIS” sering cabar mencabar menunjukkan kekuatan.

Soal Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Abdullah sebagai insan peribadi adalah kecil, tetapi soal bangsa Melayu adalah amat besar dan perlu ditangani dengan pengorbanan dan bijaksana. Perkara yang dititikberatkan ialah isu yang dibangkitkan, bukannya peribadi. Pada hemat saya UMNO dan MT sekarang ini berada di persimpangan dan perlu membuat pemilihan sama ada mewakili orang Melayu atau individu.

Janganlah hendaknya sebagai kata pepatah “lain yang luka lain yang diubati, kelak luka tidak sembuh dan terus bernanah dan busuk.” Kenalilah di mana luka yang sebenar dan di situlah kita ubati. Jauhilah sikap bongkak dan takbur kerana ia akan membawa kesan buruk kepada bangsa dan negara. Pemimpin datang dan pergi, bangsa tetap ada. Sama ada dapat menyambung kehidupan yang lebih bermakna atau sebaliknya, terletak kepada kepimpinan sekarang.”

Ia disalinkan kepada Hishammuddin Hussein, Rafidah Aziz, Radzi Sheikh Ahmad, Muhammad Muhd Taib, Aziz Shamsuddin dan Zainuddin Maidin.

Dalam nota kakinya, Khalid meminta surat beliau dipanjangkan kepada Ahli MT jika difikirkan perlu.

[Posting Asal]

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecah kesunyian dengan menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus mengkritik Kerajaan sebagai “patukan berbisa”.

Bernama dalam laporan bahasa Inggerisnya memetik Abdullah sebagai menggunakan ungkapan “doses of venom” bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir pada 22 Oktober yang beliau akan terus mengkritik Kerajaan jika perlu.

Bercakap kepada wartawan di majlis rumah terbukanya di Kepala Batas semalam (26 Oktober), Abdullah menyuarakan harapan agar Dr Mahathir menunggu penjelasannya kepada perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam pertemuan mereka Ahad lalu sebelum meneruskan kritikannya.

Abdullah berkata: “Dia mengulanginya sekali lagi dengan suntikan bisa yang lebih kuat...apa lagi yang boleh saya lakukan (kalau) dia masih mahu meneruskannya?”

Perdana Menteri berkata dia hampa (disappointed) dan dukacita (regretted) terhadap kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau akan terus mengkritik Kerajaan.

Di pihaknya pula, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bertajuk "Why I Criticise the Prime Minister" yang secara langsung dan tidak langsung membalas hujah-hujah Abdullah. [Sila lawati Malaysia-Today.Net untuk laporan penuh.]

Berbalik kepada sidang akhbar Perdana Menteri, beliau dengan keras menafikan tuduhan Dr Mahathir bahawa Malaysia telah menjadi negara polis (police state) di bawah pemerintahannya.

Dia juga menafikan yang syarikat milik anaknya Kamaluddin, Scomi Berhad, mendapat kontrak TNB walaupun tidak mempunyai kemampuan.

Katanya, syarikat milik Kamaluddin mempunyai 180 buah kapal dan anak-anak Dr Mahathir juga mendapat kontrak (awam) tetapi tidak dihebohkan. Dia mendakwa kontrak yang diperoleh oleh anak-anak Dr Mahathir adalah lebih besar.

Mengenai kebebasan pemimpin Umno untuk bersuara, Abdullah mendakwa mereka kini berasa lega kerana mereka bebas bercakap.

Abdullah juga menafikan yang beliau terbabit menyekat kebebasan Dr Mahathir (untuk bertemu orang ramai dan menghadiri majlis).

(Laporan Bernama, bagaimanapun, tidak menyebut orang dan majlis macam mana yang Perdana Menteri maksudkan. Rungutan Dr Mahathir adalah dia disekat daripada berjumpa dengan ahli Umno dan berucap kepada mereka.)

[Untuk laporan lanjut sila lawati http://www.bernama.com.my

[Untuk membaca surat terbuka Tun Dr Mahathir mengenai mengapa beliau menegur Perdana Menteri dan Kerajaan sila lawati www.beritakmu.net]

About Me

My photo
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).